LEE HSIEN LOONG: THE POSITION ON TUDUNG IS NOT FROZEN

Isu tudung adalah isu penting bagi ramai orang Islam di Singapura. Petang tadi saya dan beberapa Menteri serta Anggota Parlimen telah bertemu dengan wakil-wakil masyarakat dan pemimpin agama. Perbincangan kami berlangsung secara terus terang, dan dari hati ke hati. Lihat gambar para peserta yang saya petik di akhir sesi – semuanya dalam semangat muhibbah!

Saya tekankan kepada para peserta bahawa saya akur hasrat mereka untuk membenarkan wanita Islam di sektor seragam memakai tudung. Tetapi isu lebih besar harus difikirkan: Apakah bentuk masyarakat yang kita inginkan?

Singapura adalah sebuah masyarakat berbilang bangsa dan agama yang harmoni. Kaum minoriti sebati dengan masyarakat lebih besar tetapi memiliki peluang sepenuhnya untuk kekalkan identiti dan amalkan agama masing-masing. Jadi saya sedar betapa gentingnya untuk memperkukuh ikatan kita bersama dan mengekalkan keyakinan dan kepercayaan yang mendatangkan manfaat untuk kita semua, lebih-lebih lagi kaum minoriti.

Advertisement

Dalam isu tudung, keadaan yang kita lihat hari ini tidak akan kekal begini. Sikap akan berubah dan dikemaskinikan. Sepanjang sedekad lalu, ada kemajuan yang bertahap dalam isu ini. Kini, banyak badan berkanun membenarkan kakitangan mereka memakai tudung bersama pakaian seragam misalnya LTA, NEA. Dalam 5, 10 tahun lagi, saya yakin keadaan akan berubah, tidak seperti hari ini.

Sebaiknya kita terus bergerak secara bertahap dan berhati-hati. Sesungguhnya keharmonian kaum yang kita nikmati tidak sempurna, ia sebenarnya lebih rapuh dan berharga dari apa yang kita sedari.

Ayuh kita berusaha gigih untuk memperkukuhkannya supaya semua kaum boleh hidup bersama-sama dengan selesa sebagai satu warga yang bersatu-padu. - LHL

The issue of wearing the tudung (headscarf in Malay) by Muslim women is an important matter for many Muslims in Singapore. This evening I met community and religious leaders, together with some Ministers and MPs, for a candid and fruitful dialogue. Snapped this pic of the participants at the end – all in good spirits!

I told the group that I fully appreciate their desire to allow Muslim women in uniform to wear the tudung. But a larger issue is at stake: the sort of society we aspire to be. Singapore is a multi-racial, multi-religious and harmonious society. Minorities are fully integrated into the mainstream, but have full opportunities to maintain their identities and practise their faiths. So I am also mindful how crucial it is for us to strengthen our cohesion, and maintain the relaxed confidence and trust that benefits us all, especially the minorities.

On the tudung issue, the position is not frozen. Attitudes will shift and arrangements will get updated. We have gradually evolved over the last decade. Many statutory boards now have uniforms that allow Muslim staff to wear the tudung, e.g., LTA, NEA. In 5, 10 years’ time, I am confident that we will not be in the same situation as today.

It is best that we continue evolving gradually and carefully. The racial harmony we enjoy is not perfect, but it is more precious and more fragile than we think. Let’s work hard to strengthen it, so that all races can live happily together as one united people. – LHL

Source: 

Filed Under: 

Tags: 

Advertisement

Your Views